Monday, February 27, 2012

malam untuk berkata2...

kehidupan tak boleh dijangka...
sentiasa diuji kanan dan kiri depan dan belakang...
tak diuji Tuhan, diuji oleh perangai manusia yang berbagai2...ada yang hitam ada yang putih...
menjalani hidup hampir menjangkau 29 tahun...
mengajar erti kehidupan...
merangkak dari erti kesusahan ke keselesaan...
arah hidup masih tiada kepastian kerana diri terlalu lemah untuk mengerti ujianNYA...

hadir teman datang dan pergi...
untungnya mempunyai teman seputih pasir sebersih kain putih...
tapi tiada ku harap yang terlalu sempurna...
asal tiada niat yang membelakangi tingkah laku...

tapi melalui kehidupan yang berbagai duri...
hadirlah teman pelbagai sikap dan niat...
menghadapi mereka-mereka dengan penuh kesabaran dan hemah...
jauh sekali meletakkan emosi dirasuk syaitan di hadapan...

tidaklah hati semulia malaikat yang tak mempunyai perasaan...
aku manusia biasa...
cuma keimanan yang tipis dan kesabaran yang tinggi meneladani hidupku...
menyusahkan kehidupan orang bukan sikapku...
moga mereka-mereka sedar apa yang mereka lakukan hanya satu kelekaan...

JANGAN
menjadi duri dalam persahabatan...
menjadi racun ciptaan sendiri...
menjadi parasit pada pokok yang subur...
merintih sendiri pada sikap kelekaan...
ibarat menjerat leher sendiri.


berjaya melalui perkara yang mustahil dlm hidup...
buat aku percaya kuasa ALLAH mengatasi segalanya...
tutuplah hati dengan kedegilan...
takkan dapat mengatasi kebodohan...
bersihkan hati...
betulkan niat...
tak de siapa yang sakit hati di kemudian...

-END-






No comments:

Post a Comment