Wednesday, January 19, 2011

mari BERTUNGKU...



saya dapat bantal tungku dari seseorang..heeeeeeeee..seronoknya...tadi gi office baru test amacam rasa pakai bantal ni..
uik, seronok tak terhingga rasanya..oleh kerana saya ni selalu sakit pale, migrain dan senggugut, bantal ni sangat bermanfaat di kala aku malas nak gi dapur masak air panas...lagi best leh angkut gi mana2 nih, ringan lak tu

SAIHI+ BANTAL PANAS=selesa+TIDORRRRRRRR..kihkihhhh



dah test ni cam best jew, siap la sapa2 birthday korang pas ni aku bagi bantal tungku ni jew...(ngeh, ngeh, gelak jahat)

dah penat baca aku mengomel???

nak tau lebih lanjut, ni aku copy info pasal bantal ni, dari blog orang jew...


Bantal Panas @ Tungku Elektrik Mudah dan Berkesan
Produk
ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat
tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik
untuk kesihatan anda sekeluarga.
Diperbuat
daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini
bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.
Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah
Ciri-ciri:
Cecair merupakan air garam bukit dan gel, mudah di bawa ke mana-mana.
Berat = 1.7kg setiap satu
Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.
Cara-cara penggunaan:
Caj
tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara
automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan
ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.
Penting:
1. Pastikan sambungan plug sempurna.
2. Selepas lampu caj terpadam bekalan elektrik hendaklah ditutup.
3. Tanggalkan wayar caj dari bantal.
4. Elakkan dari meninggalkan tungku ini pada suatu bahagian di badan terlalu lama bagi mengelakkan masalah kulit.


bunyik cam aku promote je kan, kihkih, ni saja je nak share,tapi kalau nak tau lebih lanjut pasal bantal ni, saya leh rekomenkan pengedar atau penjualnya, sekian tima kaseh!!!
nak sambung peluk bantal comel tu, hihi...thanks awak!

Sunday, January 16, 2011

bukan sekadar NASI AYAM..kokokokok~



alhamdulillah, kenyang betul tadi makan kat carefour ngan along...lama dah tak makan kat kedai the CHICKEN RICE SHOP, ada la dekat 3 tahun kot,macam2 menu dia dah sekarang ni...jakun aku dibuatnyer...berbaloi sungguh makan kat situ, affordable , bayar kurang makan banyak..hihiiiiiiiiiiii...sedap pulak nasi ayam ni...nak gi lagilah nanti...


aku kelaparan yang amat sangat sebab 2 3 hari ni dok teruja memasang meja makan dan rak yang dibeli di carefour...makan pun tak lalu selagi tak siap pasang..sumanya DIY...at least siap setelah 3 hari aku bertukang siang malam...mengong tul...si bobot tu balik kampung lak...tapi kerja2 tu selesai pun lepas si bobot balik, sampai melepuh2 ibu jari dia pasang skru kat meja makan..haaahaaa...idea beli meja makan ni datang dari dia la...baru semangat nak makan katanya..cet..last2 jadi meja belajar dan meja kerja kami...nak tgk meja makan@meja kerja kami???????????TARAAAAA!!!!! POYO jer...meja kitaorang tak la cun cam kat bawah ni...ada jualan murah kebetulanr kat carefour, harganya RM198, bobot dah tinggalkan kesan calar dah pun atas meja tu, aku tak rasmikan lagi..uhuk2 uhuk2....



Friday, January 7, 2011

novel TIME..XOXO




LONG TIME AGO

lama giler tak baca novel...sgt2 lama...kalau time zaman ahadiat akashah akulah hantu novel, since young suka giler baca novel, masuk sekolah menengah siap cita2 nak jadi penulis novel, kawan aku paling teror buat novel adalah mak jah...siap tukar2 novel yang tak diiktiraf novel tu..hahhaa.. mula2 buat cerpen, then rasa cam best sangat la tu, try lak beli buku log tebal sikit...tulis kat log buku lak,mulala rasa cam diri sendiri macam penulis terhebat untuk diri sendiri waktu tu...its called uneditted version sebab akulah penulis, akulah pengedit, akulah pembaca and akulah peminat untuk diri sendiri...love that moments...tapi tu dulu...(-_-)

NOW
roomate and kakak aku mmg giler novel @kaki novel, (si bobot and along) ...mereka adalah pembaca dan penggumpul novel,aku selalu pandang sebelah mata je tgk novel2 diaorang...sentuh pun tak..macam tak de hati langsung nak baca ayat jiwang2 dalam novel tu...bila baca makin nyampah...

since last week (first week 2011) aku gi kedai buku, cam gatal2 jew belek2 novel sementara tunggu adik kesayanganku membeli barang sekolah...and aku terfikir...



"kenapa kalau dulu... aku suka novel, then aku sanggup... tak buat pape, and tak makan semata2 nak ngabiskan novel (siap menangis2 kalau baca bab sedih), bagi aku kata2 dalam novel tu sangat menyentuh hati, aku pun rasa mcm tersiat2 hati ni juga...sungguh over...dan aku boleh ingat setiap jalan cerita, tapi tidak beberapa tahun kebelakangan ini...adakah sebab aku semakin heartless???" (dah banyak kali aku fikir benda2 ni)

and aku decide ambik satu novel ni, then aku paw hantu novel (alongku)..hahhaa..kebetulan kami tak gaji lagi, dua2 pun setuju kongsi bayar...mak aku geleng pale je...dengan semangat berkobar2 balik je dari bandar , malamnya aku pun start la membaca...

bab satu..rasa boleh blah lagi...
masuk bab dua.. dah rasa tak boleh blah dah...(dah rasa panas2 pale ni, cam kuar asap)
masuk bab 3 &4 ..mmg tak boleh blah...aku pun decide to , skip, skip, skip, tak sampai sejam setengah...aku pun tutup lampu...TIDO...

esoknya...along tanya best novel semalam...aku diam je..ngko, try la baca...aku tertanya2 (agaknya hati aku ni dah tak boleh terima ayat berbunga2 kot...mungkin aku kena retired dari baca novel...alangkah novel terhebat(AYAT2 CINTA) yang aku pinjam dari fila pun aku tak boleh blah nak habiskan baca...inikan pulak penulis yang suam2 kuku)

last2, time aku drive balik kl, along ambik masa untuk baca novel itu...kahkah...(aku tunggu sejam pertama, akhirnya dia bersuara...asai!!!!novel apa kau pilih ni???hampehhh...)dia pun tak boleh blah rupanya...rupa2nya aku pilih novel yang tak best langsung, berat jalan ceritanya, tak payah la bagitau sapa novelist dia...tapi thanks to her sebab buat kami giler, and tak de hati pun nak baca untuk kali ke2, apatah lagi ke3...uwek...apa lagi kakak aku marah kerana dia dah melabur membiayai novel yang konon2 aku kata long, cam best je novel ni,hahahaa..sorry long

La ni...(8/1/2011)
pagi ni tengah aku tgh melipat baju...ternampak koleksi baru si bobot, tajuk dia Jet Jonah, cam best je, kulit buku pun menarik,try la baca bab satu, wow, good intro, macam boleh blah je, bab dua...alamak lagi best la...terus capai laptop nak share dlm blog...rasa macam dah dapat momentum semula untuk membaca novel...hihi...

MORAL OF THE STORY:jgn pandai2 buat judgement yang emotional ttg diri sendiri, dan sesungguhnya hari yang gelap pasti akan terang...you are not heartless anymore SAIHI...

nak sambung membaca...Muahhhh