Wednesday, August 17, 2011

Mesti Makan Time Puasa...



5 MAKANAN KEKAL TENAGA KETIKA BULAN PUASA

Mudah berasa letih ketika berpuasa di bulan ramadhan? Keletihan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan kita. Ada beberapa makanan sihat bernutrisi tinggi yang baik untuk mengekal dan meningkatkan tenaga ketika berpuasa. Elok diambil ketika bersahur ataupun berbuka puasa.

1. Yogurt

Yoghurt mengandung gula alami, protein dan pro-biotik. Makan 250 ml yogurt sehari boleh memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Ia bukan sahaja makanan yang baik dan berkhasiat untuk sistem percernaan malah boleh mencegah bau mulut dan boleh mengelakkan rasa cepat mengantuk ketika berpuasa.

2. Oatmeal

Semangkuk kecil oatmeal dicampur dengan susu atau air akan memberikan tenaga pada tubuh dengan cepat. Kandungan karbohidrat dan serat yang terdapat didalamnya juga mampu memberi rasa kenyang dengan lebih lama.

Kalau rumah korang habis susu, gantikan ajer ngan gula..cam aku selalu buat..hahah..Pemalas..asal ada oat..

3. Air atau jus
Dehidrasi adalah salah satu penyebab utama kelelahan. Minum segelas air atau jus buah segar yang memberi asupan vitamin C, A dan B1 boleh mencegah dehidrasi. Pastikan kita mengambil air yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas air sehari walaupun berpuasa.

4. Kekacang

Segenggam kekacang dari pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari kerana ia berasal dari protein dan karbohidrat yang kompleks. Malah ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kekal cergas sepanjang berpuasa.

oHOOOII..bagi yang migrain, elakkan lah yea makan kekacang..walau hakikatnya ianya sangat sedappp T_T ..huhu..

5. Makanan kaya zat besi


Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang membantu mengatasi keletihan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menjadi penyebab utama keletihan mental dan otot. Biasanya bayam adalah pilihan yang baik untuk mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.

Yeah..bayam dalam peti ais tu bila yea nak dimasak wahai Saihi..tulis aje pandai ko ni..

6. Kurma



Aik kata 5...yang ni memang orang selalu lupa termasuklah aku...tak tau la kenapa tekak ni susah sangat nak makan kurma...tapi paksa jugak makan sebab khasiatnya ..SUBHANALLAH...dapat makan satu biji sampai habis pun adalah satu achievement terbaik bagi diri aku..hahha...okay, back to topic...kenapa kurma?????

Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.Terlalu banyak nak cita pasal khasiat kurma, Rasullullah bersabda:

“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”.

Sekian..renung2 kan ..peringatan untuk diri sendiri gak yang makin tak berselera makan di bulan puasa ni..hihii



Friday, August 12, 2011

MY name is NUR SAIHI...



assalamualaikum..
entry kali ni about name...of course bout my name NUR SAIHI aka ASAISAIHI...dari kecik sampai la la ni tiap kali aku sebut nama aku ..tak pernahnya aku jumpa yang bila aku cakap nama penuh , orang kan angguk dan faham..rasanya majoriti akan ,

HAAAAA...apa dia? nama sapa tadi?

SAAAAAAAAIIIHIII

OooOOo ..apa ?Sekali lagi...

SAAAAAAAAAAIIIHIII

kalau cakap kat phone ke atau nak tinggalkan pesanan siap kena eja, baru orang faham dan leh sebut...HAddooiiila...


ada yang kata klasikknya nama kamu, eh awak ni laki ke perempuan...peliknya nama...cam orang jepun plak nama kan...aku cuma senyum sajerrrrrr..setakat ni tak pernah lak aku melalak orang main2kan nama aku...tapi sedih gak bila diaorang tak leh nak sebut nama aku betul2, so apa ada dalam kepala diaorang, diaorang main sebut ajer...contohnya SUSHI, SARSI, dan paling teruk SIHIR..........huargghhhh....upphaaa

teringat time tadika dulu, aku selalu nangis bila cikgu suruh eja nama sendiri...sebab aku pun tak leh eja nama sendiri dgn betul...aku sendiri tak faham nak eja nama aku....kelakar tul...bila balik rumah jer, aku tanya kat mak, "Kenapa mak letak ejaan nama asai susah2..., asai tak pandai nak eja nama asai tau.."mak kata nama ni atuk yang bagi...huhu...


nama asai tu mmg nama manja dari kecik lagi...nak sebut pun senang..hihi..aku suker...dah besar2 ni ada la pulak orang nak panggil NUR..mmg tak serasi tul dgn telinga aku ni...tapi aku suker orang panggil aku SAIHI...tapi, sekarang dah ada nama istimewa..hihihi

Moral of the story: tak baik tau ejek nama orang..kalau aku mmg tak kisah dan takde perasaan, tapi ada orang yang kecik hati, mana kita tau..cam adik office aku , cian orang ejek2 nama dia nurrul...tapi dia lelaki...setiap nama pada manusia tu ada rezeki dia...tak baik kita ngata nama orang...