Wednesday, January 19, 2011

mari BERTUNGKU...



saya dapat bantal tungku dari seseorang..heeeeeeeee..seronoknya...tadi gi office baru test amacam rasa pakai bantal ni..
uik, seronok tak terhingga rasanya..oleh kerana saya ni selalu sakit pale, migrain dan senggugut, bantal ni sangat bermanfaat di kala aku malas nak gi dapur masak air panas...lagi best leh angkut gi mana2 nih, ringan lak tu

SAIHI+ BANTAL PANAS=selesa+TIDORRRRRRRR..kihkihhhh



dah test ni cam best jew, siap la sapa2 birthday korang pas ni aku bagi bantal tungku ni jew...(ngeh, ngeh, gelak jahat)

dah penat baca aku mengomel???

nak tau lebih lanjut, ni aku copy info pasal bantal ni, dari blog orang jew...


Bantal Panas @ Tungku Elektrik Mudah dan Berkesan
Produk
ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat
tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik
untuk kesihatan anda sekeluarga.
Diperbuat
daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini
bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.
Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah
Ciri-ciri:
Cecair merupakan air garam bukit dan gel, mudah di bawa ke mana-mana.
Berat = 1.7kg setiap satu
Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.
Cara-cara penggunaan:
Caj
tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara
automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan
ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.
Penting:
1. Pastikan sambungan plug sempurna.
2. Selepas lampu caj terpadam bekalan elektrik hendaklah ditutup.
3. Tanggalkan wayar caj dari bantal.
4. Elakkan dari meninggalkan tungku ini pada suatu bahagian di badan terlalu lama bagi mengelakkan masalah kulit.


bunyik cam aku promote je kan, kihkih, ni saja je nak share,tapi kalau nak tau lebih lanjut pasal bantal ni, saya leh rekomenkan pengedar atau penjualnya, sekian tima kaseh!!!
nak sambung peluk bantal comel tu, hihi...thanks awak!

No comments:

Post a Comment