Monday, January 30, 2012

mc lagi...

salam sayang...

nothing to type..haha
laying on the bed together with my medicine..

Monday, December 26, 2011

Tuesday, November 8, 2011

mode:aggressive, fireworks, muay thai,dancing mind


Timbunan kerja buat aku lupa pada keutamaan diri sendiri...
belajar mengenali diri sendiri paling payah dari mengenali orang lain...pity myself...started to love myself and care myself more than b4...

everybody need to motivate themself...and know their own SWOT(Strength, Weaknesses,Opportunity, Treat or Challenges)...

HADOI...

1) siapkan suma kerja, research2 client yang tertangguh
2) reorganize and restructure my life
3)manage the priority in my life(study, work, freelance work, bla..bla..bla)
4) care my health....(susun balik jadual ngan mcm2 doktor)
5) Muhasabah diri, baiki yang kurang
6) and many wish list need to achieve...Zzzzzzzzzzzz

P/S:entry ni dibuat ketika separa ngantuk, but need to write something...

Cause baby you're a fireworks


Sunday, October 16, 2011

today is my MC day



Semalam pergi PUSRATU..(pusat rawatan tanpa ubat) di sungai buluh untuk rawatan terakhir...habis lebam2 leher asai dikerjakan diaorang...haha...sakitnya hanya TUHAN yang tahu..agaknya sakit nak bersalin lagi sakit kot dari rawatan-rawatan yang asai buat kat situ..tapi bagi sapa2 yang tak pernah rasa sakit dan berani kan...asai cadangkan gi la kat pusat rawatan tu..dia betulkan tulang belakang...haha...confirm menjerit punya..habis makcik kat situ aku genggam tgn dia sebab nak tahan sakit...

1st: datang je , akan diagnose sakit apa..bagitau la suma2 penyakit, migrain, senggugut, sinus, lelah, tulang belakang, kaki, pedih ulu hati, dan sakit leher, rahang..wah..segala mak nenek penyakit aku ada...time ni duit korang akan melayang RM20 aje..hihi..time ni dah tau dah aura2 kesakitan akan muncul untuk rawatan2 seterusnya kerana boleh tahan sakit makcik ni tekan2..pakai siku lak tu...hadoi

2nd:ni kira rawatan pertama la ni...3 orang urut asai dalam satu masa...tak tau dah nak kata sakitnya...mana satu ntah part yang sakit sebab tak dapat berfikir ngan waras...time ni aku rasa mmg betul2 dia buat alignment ...krek kruk bunyiknya...45 minit dalam tu cam setahun...haha..time ni bayaran RM200...wah, semahal nak tukar sebijik tayar kereta..HAHA

3rd: kalau orang tanya sakit apa selepas beranak, aku akan jawab..sakit kena urut kat PUSRATU..since aku tak pernah rasa kan sakit beranak tu..buat masa ni aku jawab sakit yang paling sakit adalah rawatan ke 2 di PUSRATU sebab time ni dia urut pakai minyak...meleleh2 airmata aku time tu..dahla time bulan puasa...rasa macam dah separuh nyawa hilang time tu...lebam2 badan seminggu...tapi effect dia banyak yang baik la..cuma tahan la sejam dalam tu..kerana sakit sangat la aku jadik fobia nak datang habiskan rawatan terakhir tu...AKU TAKUT!!!!

4th: Akhirnya setelah hampir 2 bulan aku senyap, aku gagahkan gak kaki gi sana sebab fikir dah melabur banyak baik aku habiskan rawatan tu...kali ni macam rawatan first...ingat takde la part sakit2 ni...sekali dia siku rahang aku yang lari tu...ADUIiiiiiii.....pastu dia amik vacuum lak...vakuum 3 tempat serentak mmg aku jerit lah.."lama lagi ke?"..."5 minit je dik"...uphaaaaaa!!!5 minit pun aku tak sabar...hasilnya lebam2 leher aku...

bila keluar je..aku jerit dalam hati : YES!!! aku dah graduate habiskan rawatan!!!rasanya cam masa ambik MASTER dulu...susah payah pun aku habiskan gak..hahaa..poyo je...tapi pada sapa2 kata aku poyo gilah sana rasa apa itu kesakitan diurut pakai siku..time tu aku senyum sinis aje...hihi...suma bayaran RM420...then kalau rawatan2 seterusnya dalam RM80...badan akan rasa ringan, then sakit2 tu insyaallah hilang dan beransur pulih dengan kehendakNYA..sebagai manusia kita kena la berusaha..lagi2 aku yang degil nak makan ubat ni..mmg sesuai la rawatan tanpa ubat tu...


P/s: any information gi sini http://pusratu.com.my/
itu antara sebab2 aku MC hari ni..sekian harap maklum..leher aku lebam2




Monday, October 10, 2011

sweet memories



What  make u happy and lively??? of course your family, friends and your love...appreciate them before times end...and of course love yourself too...(^_*)


Wednesday, August 17, 2011

Mesti Makan Time Puasa...



5 MAKANAN KEKAL TENAGA KETIKA BULAN PUASA

Mudah berasa letih ketika berpuasa di bulan ramadhan? Keletihan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan kita. Ada beberapa makanan sihat bernutrisi tinggi yang baik untuk mengekal dan meningkatkan tenaga ketika berpuasa. Elok diambil ketika bersahur ataupun berbuka puasa.

1. Yogurt

Yoghurt mengandung gula alami, protein dan pro-biotik. Makan 250 ml yogurt sehari boleh memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Ia bukan sahaja makanan yang baik dan berkhasiat untuk sistem percernaan malah boleh mencegah bau mulut dan boleh mengelakkan rasa cepat mengantuk ketika berpuasa.

2. Oatmeal

Semangkuk kecil oatmeal dicampur dengan susu atau air akan memberikan tenaga pada tubuh dengan cepat. Kandungan karbohidrat dan serat yang terdapat didalamnya juga mampu memberi rasa kenyang dengan lebih lama.

Kalau rumah korang habis susu, gantikan ajer ngan gula..cam aku selalu buat..hahah..Pemalas..asal ada oat..

3. Air atau jus
Dehidrasi adalah salah satu penyebab utama kelelahan. Minum segelas air atau jus buah segar yang memberi asupan vitamin C, A dan B1 boleh mencegah dehidrasi. Pastikan kita mengambil air yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas air sehari walaupun berpuasa.

4. Kekacang

Segenggam kekacang dari pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari kerana ia berasal dari protein dan karbohidrat yang kompleks. Malah ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kekal cergas sepanjang berpuasa.

oHOOOII..bagi yang migrain, elakkan lah yea makan kekacang..walau hakikatnya ianya sangat sedappp T_T ..huhu..

5. Makanan kaya zat besi


Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang membantu mengatasi keletihan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menjadi penyebab utama keletihan mental dan otot. Biasanya bayam adalah pilihan yang baik untuk mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.

Yeah..bayam dalam peti ais tu bila yea nak dimasak wahai Saihi..tulis aje pandai ko ni..

6. Kurma



Aik kata 5...yang ni memang orang selalu lupa termasuklah aku...tak tau la kenapa tekak ni susah sangat nak makan kurma...tapi paksa jugak makan sebab khasiatnya ..SUBHANALLAH...dapat makan satu biji sampai habis pun adalah satu achievement terbaik bagi diri aku..hahha...okay, back to topic...kenapa kurma?????

Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.Terlalu banyak nak cita pasal khasiat kurma, Rasullullah bersabda:

“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”.

Sekian..renung2 kan ..peringatan untuk diri sendiri gak yang makin tak berselera makan di bulan puasa ni..hihii